Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

134567

IPOH, 17 Dis 18 - Panglima Pendidikan & Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Mohd Asghan Khan bin Goriman Khan TUDM telah melakukan lawatan kerja ke Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh hari ini. Lawatan ini merupakan lawatan sulung beliau ke ATU setelah mengambil alih jawatan sebagai PPLU.

Ketibaan beliau serta Pegawai-pegawai Kanan MPPLU telah disambut oleh Komandan ATU, Kol Abdul Nazar bin Abdul Hamid TUDM serta pegawai dan anggota ATU.

Sebelum lawatan, PPLU berkesempatan melihat raptai penuh Perbarisan Tamat Latihan PjM yang akan berlangsung pada 22 Dis 18 ini. Sebaik selesai raptai tersebut, beliau telah diberikan taklimat eksekutif berkenaan ATU oleh Komandan dan seterusnya melakukan lawatan di setiap bahagian-bahagian yang terdapat di akademi tersebut.

Dalam lawatan itu juga, PPLU turut berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Kursus Jurulatih Terbang ( Flying Instructor Course) kepada seorang pegawai dari TNI-AU iaitu Kapt Suyanto yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya di Institut Latihan Instraktur Terbang (ILIT).