Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6d48fdd0 b1f0 4e40 a21d 133d4c8ba0779ecaefbd 7e85 4caa ab40 3c10e58b5ee608f0b931 9c52 418a b1bd 62db7e3ccda820337e32 c0d8 4a55 810c bb3cc260a29a25864443 f4c5 4c0d a234 29ead21e8cb3b7ffae9d 1cea 4a62 9a52 285adc9316adb76b4aef 87c7 4b75 8a1d 3b039271d667f8a28656 a271 4c14 a240 4f0d3c02c03affa35efa 634f 4e9b 9874 c270f024d4fc

 

KUALA LUMPUR, 21 Dis 18 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma bertempat di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT). Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu. Seramai 45 orang peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus yang terdiri daripada 19 orang pegawai Tentera Darat Malaysia, 8 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, 8 orang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia dan 10 orang daripada luar negara.


Kursus ini telah disertai oleh Pegawai Tentera yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Kolonel atau setaraf daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM, Pegawai Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik, penuntut luar negara daripada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Fiji, Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand.


Turut hadir adalah Panglima Angkatan Bersama, Laksdya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksdya Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta keluarga penuntut kursus.