Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

95f358d1 62ce 4817 97ed 0f05064a6942061e500b b8c5 47ee b467 7c046c2b33c88c95710e 2800 44f6 9ba6 e15b95d337ad

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2018 - Pemangku Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri Sesi Pembentangan Kerangka Pekerjaan Military and Defence Services TUDM bertempat di Wisma Perwira ATM hari ini.

Sesi pembentangan ini juga turut dihadiri oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM, Asisten Ketua Staf-Asisten Ketua Staf dan semua Panel Pembangun Bidang Teras. Turut serta adalah pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Selesai sesi pembentangan, Pemangku Panglima Tentera Udara telah menyerahkan Kerangka Pekerjaan Military and Defence Services TUDM kepada wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Puan Siti Hasmah bte Mustapha bagi mendapatkan pengiktirafan kemahiran warga TUDM diperingkat nasional.