Kemaskini Terakhir: Khamis,27 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

484de9d1 baaa 41ef b73d 9e3886579a3e937887f7 d50d 4b36 8893 08e7106430c7

c59052fd 058b 4f2a aa68 3e0ec085ed55ea5fbfc4 b709 4398 934c 6ce1b2723f79

KUALA LUMPUR, 3 Jan 19 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kalendar Tajaan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) 2019 oleh Pengerusi PERNAMA, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B) bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.

Kalendar PERNAMA pada tahun ini bertemakan “Demi Malaysia Berdaulat – Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata” yang memaparkan gambar-gambar sorotan eksesais dan latihan oleh formasi dan pasukan.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima kalendar PERNAMA 2019 bagi pihak TUDM yang diserahkan oleh pihak penaja.

Turut berlangsung adalah upacara penyerahan sumbangan berjumlah RM250,000.00 dari pihak PERNAMA kepada Tabung Kebajikan ATM serta penyampaian 1179 naskah buku terbitan PERNAMA kepada Perpustakaan ATM.

Hadir sama di majlis tersebut adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Bin Mohd Sany; Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi; Pengurus Besar PERNAMA dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.