Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1f5b5dc7 288d 404b ac8e 8eedb9d0764a181b796d d5a8 42a1 97f4 cb0cb69bc4998bb6937d f933 425b bb75 bef3f282f4cf

KUALA LUMPUR, 4 Jan 19 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah menyampaikan Amanat beliau bagi tahun 2019 yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.

Amanat Panglima Angkatan Tentera yang bertemakan “Year of Joint” atau “Tahun Ketumbukan Bersama” dizahirkan dengan tujuan untuk memberi gambaran, panduan dan rujukan kepada semua perkhidmatan berkenaan hala tuju ATM bagi tahun 2019.

Konsep ketumbukan bersama berkait rapat dengan ‘interoperability’ antara ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Enam elemen utama ditekankan dalam amanat tersebut iaitu Kesatuan, Angkatan Berintegriti, Kekal Relevan dan Tekal Seiring Masa, Angkatan Eksklusif, Kebajikan dan Pengukuhan Diplomasi Pertahanan.

1c5d4e4b f4b9 4f75 8b64 3bcf796058d7

Di majlis yang berasingan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan serta wakil dari Telekom Malaysia (TM) Unifi telah bersama-sama merasmikan pelancaran Pek Jasa ATM yang menawarkan pakej istimewa kepada warga ATM dalam menghargai jasa pengorbanan perwira ATM.