Kemaskini Terakhir: Khamis,27 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123456

KUALA LUMPUR, 8 Jan 19 – Seramai empat Pegawai Kanan TUDM hari ini telah dinaikkan pangkat di satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat adalah Brig Jen Dato’ Hj Khairil Asri bin Hj Baharin TUDM yang dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM berkuatkuasa mulai 15 Dis 18 dan akan memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Sumber Manusia.

Seterusnya, Kol Hjh Fadzilah binti Hj Abdullah TUDM pula dinaikkan ke pangkat Pemangku Brig Jen TUDM mulai 15 Dis 18 dan memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Cawang Latihan Pertahanan di BOLP, Markas ATM.

Manakala, Lt Kol Anuar bin Che Mi TUDM dan Lt Kol Theodore Mohan Kumar Navaretnam TUDM masing-masing dinaikkan ke pangkat Pemangku Kol TUDM juga berkuatkuasa mulai 15 Dis 18.

Majlis yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.