Kemaskini Terakhir: Khamis,27 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0724DSC 0749DSC 0771DSC 0787DSC 0793DSC 0802

KUALA LUMPUR - Seramai 10 pegawai kanan Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) yang telah dan akan bertukar keluar diraikan di satu majlis makan malam yang diadakan bertempat di Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail, Taman Tasik Perdana malam tadi.

Pegawai yang diraikan adalah Kol Tong Veng Leong TUDM, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM, Mej Dahrul Akmar bin Dahlan TUDM, Mej Aryati binti Abd Rahim TUDM, Mej Hilman Ruhaifi bin Umoh TUDM, Mej Mahamed Amer bin Musa TUDM, Mej Mohd Faridz bin A’azir TUDM, Mej Wan Mohd Firdaus bin Wan Mohd Daud TUDM, Mej Haslen bin Haron TUDM dan Mej Azmi bin Saamah TUDM.

Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM dan Ketua Staf MPOU, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM telah hadir meraikan pegawai-pegawai tersebut. Turut hadir pegawai-pegawai yang bertugas di MPOU.