Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

SUBANG, 11 Jan 19 - Isu kebajikan antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU) yang berlangsung di Rumah BAKAT Udara, Pangkalan Udara Subang petang tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi JTBU, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah turut membahaskan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun 2019 seperti program keagamaan, riadah, sukan dan lawatan selain membangkitkan perkara-perkara yang lepas.

45

Terdahulu, mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan Yassin sempena menyambut tahun baru 2019 dan juga sebagai permulaan lembaran aktiviti BAKAT Udara. Turut hadir, Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM mewakili Asisten Ketua Staf Tadbir selaku Penasihat BAKAT.