Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0049DSC 0057

DSC 0064DSC 0070

KUALA LUMPUR, 22 Jan 19 – Tiga Pegawai Kanan TUDM hari ini telah dinaikkan pangkat di satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Di majlis ini menyaksikan dua Pegawai Kanan TUDM telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM iaitu Kol Felix Gonsalves s/o S. Alexander TUDM dan Kol Tong Veng Leong TUDM.

Brig Jen Felix Gonsalves TUDM seterusnya memegang jawatan sebagai Inspektorat Jeneral Tentera Udara, manakala Brig Jen Tong Veng Leong TUDM akan memegang jawatan sebagai Timbalan Komander HQIADS.

Seterusnya, Lt Kol Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM pula dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi di Bahagian Operasi dan Eksesais MPOU.

Majlis yang diadakan di Eagle Nest Markas Tentera Udara turut dihadiri Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.