Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 2392IMG 2395IMG 2401IMG 2415

LANGKAWI, 24 Jan 19 - Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA ’19) akan berkangsung bermula 26 hingga 30 Mac 2019 di Pulau Langkawi, Kedah. Justeru, sebagai sebahagian daripada persiapan yang sedang giat dijalankan ialah Eksesis Mencari dan Menyelamat LIMA 2019 (SAREX LIMA ‘19). SAREX LIMA ‘19 dijangka akan diadakan pada 25 hingga 28 Febuari 2019 di lokasi yang sama.

Sebelum pelaksanaan Eksesais tersebut, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dah agensi-agensi yang terlibat dalam Operasi SAR sebenar telah mengadakan FPC SAREX LIMA 19 di Bilik Mesyuarat Airfield Fire Rescue Service (AFRS), Bangunan AFRS, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. FPC yang mengumpulkan lebih daripada 30 buah agensi termasuk Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) telah berjaya dilaksanakan pada 23 hingga 25 Januari 2019.

Selain daripada itu, Tim Sekretariat turut membuat tinjaun tapak di lokasi-lokasi eksesais serta mengenal pasti cabaran-cabaran yang bakal dilalui semasa pelaksanaan SAREX LIMA ‘19 akan datang. Turut hadir mempengerusikan FPC SAREX LIMA 19 pada kali ini ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jen Dato’ Zahani bin Haji Zainail Abidin TUDM.