Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 25 Jan 19 – Lebih 2000 orang pelajar lepasan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau dahulunya dikenali Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang terdiri daripada pegawai tentera dan awam hadir di Majlis Pelancaran Persatuan Alumni UPNM hari ini.

Majlis yang diadakan di Wisma Perwira ATM telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin. Pada masa yang sama, beliau juga turut menyempurnakan Pelancaran Kad Persatuan Alumni UPNM.

456

Objektif penganjuran majlis pelancaran ini adalah untuk memperkasakan persatuan alumni dengan mengumpulkan para alumni dari seluruh Malaysia sebagai satu penghargaan kepada mereka. Selain itu, ianya juga dapat mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain dan sebagai satu medium untuk memupuk rasa pemilikan bersama (self-belonging) yang tinggi dalam diri alumni terhadap UPNM sebagai Alma mater.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara, Naib Canselor UPNM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, Pihak Pengurusan Tertinggi ATM dan Universiti.