Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 3b13508b 321f 49e7 89cf 685ac2887570c2dce64a 697f 4631 a64c b5b5fd81b5bb7ed9b156 6960 44f2 bcca 7431a095cc15

PEKAN, 29 Jan – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baharu, selepas kali terakhir gelaran itu disandang 31 tahun lepas.

Manakala Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang.

Istiadat pelantikan dan pemasyhuran itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini di hadapan KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang yang baru dimasyhurkan, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

83d1276c 6281 4436 9e77 b8d2a6ebe1158f1bdfdc e8e9 42d4 beb8 de8040bbf735fd94df5d 533c 4999 86a9 5a18f13092a9

Surat Pengisytiharan Pelantikan sebagai Tengku Mahkota Pahang dibacakan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Istiadat yang penuh bersejarah ini telah berlangsung sekitar jam 10.30 pagi dan dihadiri lebih 1,500 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat. Hadir sama Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.