Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123

KUALA LUMPUR, 29 Jan 19 - Kertas Putih Pertahanan (KPP) merupakan rancangan Kementerian Pertahanan di masa hadapan dalam memperkukuhkan benteng pertahanan dan keselamatan negara.

KPP yang akan dibentang di Parlimen pada Julai ini akan menjadi dokumen pertahanan pertama di negara ini yang memperkenalkan konsep keterbukaan.

"Namun begitu, tidak semua maklumat mengenai pertahanan dan keselamatan negara perlu didedahkan walaupun dokumen tersebut dibangun untuk tujuan memberi makluman kepada rakyat tentang keutamaan dan rancangan Kementerian di masa hadapan", jelas Menteri Pertahanan, YB Mohamad Sabu selepas mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tertinggi KPP di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini.

45

Mesyuarat yang disertai seramai 75 peserta ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.