Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

21

KUALA LUMPUR, 30 Jan 19 – Kol Mohamed Zahari bin Dato’ Hj Yahya TUDM hari ini telah dinaikkan pangkat ke Lokal Brigedier Jeneral TUDM dan seterusnya beliau akan memegang jawatan sebagai Juruiring kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Majlis yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.