Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Feb 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190208 090913 1IMG 20190208 091524IMG 20190208 091535IMG 20190208 092006

IMG 20190208 101426IMG 20190208 101534IMG 20190208 103003IMG 20190208 104054IMG 20190208 104119

 

BRUNEI, 8 Feb 19 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM yang dalam rangka Lawatan Rasmi ke Brunei telah menerima Sayap Penerbangan Kehormat dari Tentera Udara Diraja Brunei. Pemakaian sayap tersebut telah disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersama Diraja Brunei, Mej Jen Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Terdahulu, beliau menerima kawalan kerhormatan utama dari TUDB sejurus tiba di Pangkalan Udara Rimba. Dalam rangka lawatan ini, PTU turut membuat kunjungan hormat kepada Kepimpinan Tertinggi Kementerian Pertahanan Brunei iaitu Menteri Pertahanan Kedua Brunei, Pehin Datu Lailaraja Mej Jen (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Pemerintah Angkatan Bersama DiRaja Brunei, Mej Jen Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Pemerintah TUDB, Brig Jen (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala ketenteraan diantara TUDM dan TUDB untuk masa akan datang melibatkan latihan, eksesais serta kursus-kursus kepakaran.