Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12 345

LABUAN, 12 Feb 19 - "Pegawai tentera disaran bersikap intelektual dalam penggunaan media sosial," tegas Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera semasa Majlis Makan Malam bersama Pegawai TUDM di Dewan Banquet Mes Pegawai Pangkalan Udara Labuan. Ujarnya lagi, pegawai tentera juga haruslah pandai menyesuaikan diri dalam ekonomi dan politik masa kini serta menunjukkan sikap yang boleh dijadikan teladan kepada anggota bawahan.

Dalam rangka lawatan kerja Panglima Angkatan Tentera, beliau seterusnya akan mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Labuan melihat tahap kesiagaan serta beramah mesra bersama warga pangkalan. Hadir sama mengiringi Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM.