Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1bcb7aad b144 4e91 8a4f 6a939db9d53a98138dca 0aee 4bec 848b c767a831d47b1b0d2da7 2c7a 4cef ab97 8067af5b4e5dfd2c92cb d3b4 40f6 9581 05d22b1e953043c7bbfc 2d87 4215 9fcb 851b9bd7ed8184ae64d5 126e 43c0 a00b 57a08643c7bcb1ccc70c 7627 43ea bec1 f1aedcdc791806a5a6e1 0358 4651 a429 25d6ab6063b8ce54698f a3cb 4f33 8c9b b25b32306d6904c431bc e33b 46ea a4ba 748e8208800ff963210c 42ae 44ca bd55 033bdc6e6f67c4d9562b 369b 4c40 a4b9 e1939e88e8d8a4903412 6818 4766 b28e 2da736ad3ba62db38c32 2a37 41f5 875e 329d90298ff8 

 

LABUAN, 13 Feb 19 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin hari ini melaksanakan lawatan ulung beliau ke Pangkalan Udara Labuan bagi melihat keupayaan aset-aset serta beramah mesra bersama warga Pangkalan.

Ketibaan beliau disambut oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Udara, Mej Jen Dato’ Dzukarnain bin Hj Ahmad TUDM dan Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Dato’ Hj Sardon bin Hassan TUDM.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Pangkalan Udara Labuan yang terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 Anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Mej Mohd Amin bin Ibrahim TUDM.

Seterusnya, beliau diberikan taklimat ringkas berkenaan fungsi dan peranan Pangkalan Udara Labuan yang disampaikan oleh Komander Pangkalan dan seterusnya membuat lawatan ke skuadron-skuadron secara ‘walking brief’ iaitu ke No.6 Skuadron yang mengoperasikan pesawat pejuang Hawk MK 108/208, No.5 Skuadron yang mengoperasikan pesawat Helikopter EC 725 dan No.14 Skuadron yang mengoperasikan pesawat pengangkut Lockheed C130.

Lawatan ini merupakan elemen signifikan Amanat Tahun 2019 sejak beliau memegang tampuk pemerintahan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-20. Dalam lawatan ini juga, Panglima Angkatan Tentera turut menekankan kepada warga ATM agar menggunakan media sosial secara intelektual, berhemah serta patuh dengan akta/direktif ATM, ucap beliau ketika sesi soal jawab dan ramah mesra bersama warga Pangkalan.