Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0260 1022x678IMG 20190213 201115 1022x680IMG 20190213 201049 1022x681

SUBANG, 13 Feb 19. Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 47/19 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, AKS Sumber Manusia, Brig Jen Hj Fauzi bin Saleh TUDM, AKS Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Rahman TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.

Kursus ini telah dihadiri seramai 50 orang pelatih berpangkat F/Sjn yang terdiri daripada pelbagai Ketukangan dalam TUDM. Walaubagaimanapun seramai 48 orang penuntut telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Pelatih terdiri daripada 44 pelatih lelaki dan 4 pelatih wanita. Kursus ini bermula pada 14 Jan 19 dan tamat pada 14 Feb 19.

Anugerah penuntut terbaik KKPW Siri 47/19 disandang oleh F/Sjn (W) Intan Safina binti Arifin dari unit MATRA 1.