Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

259

KUANTAN, 14 Feb 19 – Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuantan hari ini. Lawatan kerja sehari ini turut diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.

4IMG 20190214 WA002710

Dalam rangka lawatan, beliau telah diberikan taklimat ringkas berkenaan peranan dan fungsi Pangkalan Udara Kuantan yang disampaikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM di Skuadron 320 sebelum dibawa melawat sekitar Skuadron. Terdahulu, Timbalan Panglima Tentera Udara turut membuat ucapan penggulungan sebagai mengakhiri sesi taklimat tersebut.

"Keupayaan tempur TUDM dipertingkat dari semasa ke semasa demi menjamin keselamatan ruang udara Negara", ucap Menteri Pertahanan semasa sesi dialog dan ramah mesra bersama warga Pangkalan yang diadakan di Dewan Sri Angkasa sebelum mengakhiri lawatan pada hari ini

161513