Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

78

KUCHING, 14 Feb 19 - Majlis Penganugerahan Sayap Jurumalim Siri 5/18 telah diadakan di Dewan Seri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM kepada 4 orang penuntut.

Kursus Asas Jurumalim yang kini dikenali sebagai Kursus Asas Jurusensor Senjata-Taktikal Maritim Siri 5/18 terdiri daripada 3 orang Pegawai TUDM dan seorang Pegawai TLDM dengan menggunakan pesawat CN235 sebagai platform latihan.

13451849534 2131489850271983 2905853157395398656 n

Kursus yang mengambil masa selama hampir setahun telah bermula pada 3 Jan 18 dan berakhir pada 22 Jan 19. Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi kursus ini telah disandang oleh Lt Mohamed Adib bin Abdul Razak TLDM. Tahniah diucapkan.