Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

234

KUALA LUMPUR, 16 Feb 19 - Pingat Jasa Malaysia adalah sebuah Campaign Medal yang telah dizahirkan melalui statutnya bertarikh 3 Mac 2004 dan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Pingat Jasa Malaysia dimartabatkan sebagai pingat terkanan dan kekanan susunan berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya.

Hari ini seramai 360 orang Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri dikalangan Veteran ATM kaum Melayu, Cina dan India telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.

Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara turut sama menyaksikan majlis yang penuh gemilang ini bersama-sama Pegawai-pegawai Kanan ATM dari ketiga-tiga Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara bertempat di Wisma Perwira ATM.