Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

74ed76b0 38fb 405d b7a4 ecf5fa900bbfafccf264 ab48 45c6 9377 a32961abfc6cdd851fc6 89a5 4ac8 b4fd 6de630488995

KUALA LUMPUR, 18 Feb 19 – Chief Of The Australian Defence Force, General Angus Campbell telah dianugerahkan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Kehormat yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan hari ini. Penganugerahan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan di antara kedua-dua Negara.

Turut hadir menyaksikan adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

989ecc4a 5c90 46a7 817f 970e91d90b257ac465ef c813 4f07 a455 e4ef2a096bab05c3e4db 35a6 4683 abfa bfb1e9185b7b

Terdahulu, General Angus Campbell telah diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sejurus tiba di Wisma Pertahanan serta diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan ATM yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.