Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12567849

INDIA. Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara menghadiri Aero India 2019 mulai 18 hingga 22 Feb 19 bertempat di Yelahanka, Bengaluru, India. Turut mengiringi ialah Ketua Staf Sistem Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU), Brig Jen Ir Mohamad Razip bin A. Samad TUDM.

Aero India 2019 merupakan pameran udara antara yang terbesar dunia dan menjadi sebuah platform bagi pemain industri pertahanan aeroangkasa dunia mempamerkan produk serta inovasi terbaru sistem pertahanan udara. Jemputan kali ini amat signifikan kepada TUDM dan negara amnya kerana ianya secara tidak langsung dapat mempromosi LIMA '19 yang akan berlangsung Mac depan.

Timbalan Panglima Tentera Udara turut berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada Vice Minister for Defence Korea, HE Suh Choo Suk; Chief of Air Staff Indian Air Force, Air Chief Marshal Birender Singh Dhanoa dan beberapa lagi pemerintah negara asing yang hadir. Satu pertemuan dengan wakil OEM turut diadakan bagi membincangkan program sokongan penyelenggaraan pesawat TUDM.