Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

8ed1b6e2 55a0 42d8 9809 81f84dfa33f6d919c583 db10 4030 b2a0 36e8edf6b0b3

SEMENYIH, 22 Feb 19 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU A1) telah menganjurkan aktiviti pendakian di Bukit Broga yang melibatkan pegawai-pegawai yang bertugas di MPOU. Aktiviti tersebut turut disertai oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM selaku pencetus idea bagi mengadakan aktiviti tersebut dalam memastikan tahap kecergasan pegawai-pegawai di MPOU sentiasa berada tahap terbaik.

d3beb55b f83f 4d44 89eb 0b575800383eb70e4b5a 52a0 40e4 85f0 ab4217b82460

Aktiviti pendakian yang bermula seawal jam 6.00 pagi itu dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz dari KAGAT MTU di Surau Bukit Broga sebelum meneruskan pendakian tepat jam 6.30 pagi.

Aktiviti ini turut mendapat kerjasama dari Jurulatih Jasmani MTU serta anggota perubatan dari Institut Perubatan Penerbangan (IPP) dan RSAT Rejimen TUDM dalam memastikan program berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

d4a9d535 61fc 4e2d 8db3 87efe911935dd30a75a0 e130 4b11 9272 9dc5a7bd1345fb7bd145 a14e 45c5 9f77 89faa045a01c

Pendakian Bukit Broga atau juga dikenali Bukit Lalang mempunyai ketinggian 400 meter dari paras laut berjaya diharungi bersama setelah mengambil masa lebih kurang 40 minit (berjalan) dari check point permulaan hingga ke puncak dan turun lebih kurang 35 minit (berjalan).

Aktiviti seumpama ini harus diteruskan kerana selain dapat menyihatkan tubuh badan ianya juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga MPOU khasnya.