Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0009DSC 0026DSC 0034DSC 0089

LANGKAWI, 28 Februari 2019 – Sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA '19) yang dijadualkan pada 26 hingga 30 Mac 2019, satu Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX LIMA '19) telah diadakan selama tiga (3) hari meliputi dua (2) elemen latihan yang utama, iaitu pengoperasian Search and Rescue (SAR) di peringkat maritim (Water SAREX) dan elemen latihan pengoperasian kecemasan di Lapangan Terbang (Land SAREX).

DSC 0263DSC 0107DSC 0046DSC 0035

Latihan Water SAREX yang telah diadakan semalam meliputi kawasan perairan tanggungjawab RSC Langkawi seluas 4.5KM², manakala Land SAREX yang diadakan hari ini meliputi perimeter Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

DSC 0219DSC 0128DSC 0285DSC 0172

SAREX LIMA ’19 pada tahun ini telah dijayakan bersama oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Sementara itu, agensi-agensi Iain yang turut terlibat adalah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi-agensi Iain yang bersangkutan.

Seramai 830 anggota dan 85 orang sukarela dari lebih 35 buah agensi terlibat dalam SAREX LIMA '19 pada kali ini. Kesemua mereka diuji dengan kemahiran masing-masing dalam menyelia dan bertindak apabila berhadapan dengan situasi kecemasan yang melibatkan kemalangan udara sama ada di darat mahupun di laut.

DSC 0007DSC 0062DSC 0070DSC 0082

Fokus pada kali ini lebih menjurus kepada operasi menyelamat ratusan mangsa akibat nahas udara serta menilai keberkesanan pelan serta prosedur kecemasan pasukan. Selain daripada itu, latihan juga turut menumpukan operasi rawatan kecemasan di Hospital Langkawi dan kawalan lalu lintas oleh Polis Diraja Malaysia.

Sebanyak 5 buah aset udara, 29 aset laut dan 25 aset darat digunakan sepanjang SAREX LIMA '19 berlangsung. Eksesais pada kali ini telah dipengerusikan oleh Kolonel Mahadzer bin Amin TUDM – AKS A7 Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) manakala En. Saleh bin Samat dari CAAM bertindak sebagai Pengarah Eksesais.

DSC 0085DSC 0091DSC 0118DSC 0120

Objektif utama Latihan SAREX LIMA ’19 adalah:

1. Menilai keberkesanan koordinasi AEP dan prosedur komunikasi antara agensi yang terlibat (Effectiveness of the AEP coordination and communication procedures).

2. Menguji dan menilai keberkesanan prosedur koordinasi dan komunikasi melibatkan tugas mencari dan menyelamat masa kini (Effectiveness of the current SAR co-ordination and communication procedures).

3. Menguji, menilai dan menambahbaik Standard Operational Procedure (SOP) dan manual sedia ada yang digunakan semasa berhadapan dengan situasi kemalangan Udara (Applicability and compatibility of the various administrative instruction & procedure).

4. Meningkatkan keberkesanan tindakbalas bantuan/kerjasama dari pihak berkuasa tempatan yang berkaitan (Response of local authorities and effectiveness of their assistance / facilities).

5. Menguji keberkesanan bantuan dan sokongan logistik untuk Operasi Mencari dan menyelamat (Effectiveness of logistic support for a SAR mission).