Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1546711

SUBANG, 5 Mac 19 - Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara siri 1/19 bermula hari ini sehingga esok telah dirasmikan dengan ucapan pembukaan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di KRTU, PU Subang.

Mesyuarat ini merupakan satu platform perbincangan yang melibatkan pemerintah tertinggi TUDM yang diadakan setiap tahun. Objektif utama adalah penyampaian amanat Panglima Tentera Udara berkaitan arahan dan dasar-dasar baru perkhidmatan kepada semua peringkat Komander/Pegawai Memerintah.

Mesyuarat yang dipengerusikan Panglima Tentera Udara ini turut dihadiri oleh TPTU, PANGOP, PPLU, AKS-AKS Bahagian, Ketua Staf, Pengarah-pengarah, Komander Pangkalan dan Pegawai-pegawai Memerintah.

Interaksi secara terus di antara pucuk pimpinan tertinggi TUDM dengan Komander / Pegawai Memerintah di pelbagai lapisan pemerintahan ini dapat menjana perbincangan yang komprehensif dalam menentukan segala dan dasar yang diputuskan dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.