Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

87538156 b7fd 41ea 899e 6c73e8401bb40a3c9f95 817b 4906 a2bb 5b3b677b648f7dec70ac 03fb 4bc3 ac24 5ea81f4fa1fcad05fb1a a1ee 4507 bbae fea79f535f1e3f7f3b02 8105 4ac1 8616 8871f1f8bdb64f89cc67 df33 41e0 b7f9 d35a4fc4ebd70cce9370 6d9a 49eb b811 e60d479c2c2031575765 534e 4993 8d0a 6ca07fbb591a

KUALA LUMPUR, 11 Mac 19 – Brig Jen Dato’ Muhammad Norazlan bin Aris TUDM antara tujuh pegawai kanan TUDM yang dinaikkan pangkat di satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Mej Jen TUDM berkuatkuasa 9 Mac 19.

Manakala enam pegawai kanan berpangkat Mej TUDM pula telah dinaikkan ke pangkat ke Lt Kol TUDM. Pegawai kanan tersebut adalah Mej Mohd Rizal bin Zainol TUDM, Mej Azhar bin bin Mohd Nor TUDM, Mej Mohd Khalid bin Derahim TUDM, Mej Raja Farizal Azam bin Raja Idris TUDM, Mej Shamsul Shahreen bin Isa TUDM dan Mej Yussrizal bin Jamaluddin TUDM.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.