TANJUNG BUNGAH, 14 Mac 19 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) TUDM telah menganjurkan Majlis Penutup Kursus Pegawai Skuadron (KPS) dan Kaya Budi Siri 91/2019 bertempat di Hotel Berjaya City, Pulau Pinang.
Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM hadir bersama isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah untuk menyampaikan sijil kepada peserta kursus. Turut mengiringi beliau adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.
Seramai 30 pegawai berpangkat Kapt TUDM dari pelbagai cawang dan seorang peserta dari Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Manakala seramai 15 orang isteri peserta Kursus Pegawai Skuadron telah menyertai Kursus Kaya Budi.
Dalam kursus ini, Pendebat Terbaik telah disandang oleh Kapt Eddy Hiew TUDM dari No 16 Skn, Akademik Terbaik disandang oleh Kapt Khairul Ikmal bin Mahazir TUDM, Terbaik Keseluruhan oleh Kapt Hasif bin Yahaya TUDM manakala Sindiket Terbaik adalah dari Sindiket Alpha.