Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 03 14 at 19.57.26WhatsApp Image 2019 03 14 at 19.57.27WhatsApp Image 2019 03 14 at 19.57.38WhatsApp Image 2019 03 14 at 19.57.41WhatsApp Image 2019 03 14 at 19.57.42WhatsApp Image 2019 03 14 at 19.57.43

SUBANG, 14 Mac 19 - Majlis Sambutan Kepulangan dan Pembubaran Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao – 13 (TPA M-13) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

Misi yang telah diketuai oleh Ketua Misi TPA M-13, Mej Jen Dato’ Hj Mami melibatkan 10 pegawai dan seorang anggota ATM, 2 pegawai PDRM dan 2 Pegawai Awam telah melaksanakan misi pemantauan selama 12 bulan sejak 14 Mac 18.

TPA-M13 berjaya melengkapkan misi keamanan di Mindanao meskipun berdepan pelbagai cabaran dan ancaman akibat perselisihan faham antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Pada masa sama, pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi oleh TPA-M13 juga menunjukkan hasil kedamaian meningkatkan keyakinan masyarakat setempat untuk terus mengekalkan ketenteraman diinginkan.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya.