MINDEF, 20 Mac 19 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara menghadiri forum ‘Digital Revolution Conference - Today Is The Future’ bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan hari ini.
Kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah merasmikan Forum Ilmu ini bertujuan untuk semua hadirin bagi memahami kesan pembangunan teknologi serta manfaat yang perlu diambil oleh Mindef dan ATM.
Selaku Moderator iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Ahmad Norihan bin Abd Jalal dan Pensyarah Jemputan terdiri daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Zulkarnaim Mohd Yasin, Pengarah Urusan Favoriot Sdn Bhd dan Vice President Sales Axiata Group at Ericsson, Sebastion Baros. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr. Karminder Singh Dhillon, pegawai-pegawai ATM dan warga Awam Kementerian Pertahanan Malaysia.