Kemaskini Terakhir: Selasa,18 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

122 222 222 222 222 222 222 2 2

BUTTERWORTH, 5 Apr 19 - Satu Istiadat Perbarisan sempena Persaraan Mej Jen Dato' Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM telah diadakan di Pangkalan Udara Butterworth hari ini.

Istiadat perbarisan ini telah melibatkan seramai 11 pegawai serta 145 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Ahmad Ridzuan bin Mohammad TUDM. Perbarisan telah diiringi oleh Pancaragam dari Kolej Tentera Udara yang terdiri dari seorang Pegawai dan 35 anggota lain-lain pangkat.

Perbarisan ini adalah merupakan satu bentuk penghargaan khusus kepada Mej Jen Dato' Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM yang akan menamatkan perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan TUDM khasnya dan ATM amnya selama hampir 42 tahun.

Di akhir istiadat ini, Mej Jen Dato' Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM dan Isteri telah diarak menggunakan kenderaan istiadat serta diiringi oleh tetamu jemputan dan warga TUDM yang hadir sebagai penghormatan akhir kepada beliau sebelum meninggalkan pangkalan.

Hadir bagi menyaksikan Istiadat perbarisan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara ; Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Ketua Staf Markas ATM ; Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Panglima Wilayah Udara 1 ; Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain beserta isteri.

TUDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mej Jen Dato' Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Selamat maju jaya dan Selamat Bersara.