Kemaskini Terakhir: Selasa,18 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.15WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.16WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.18WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.20 1WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.20WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.21WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.22WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.24 1WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.24WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.49WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.38WhatsApp Image 2019 04 05 at 15.12.39 

BANTING, 5 Apr 19 - Pasukan Khas Udara atau lebih dikenali PASKAU yang ditubuhkan 1 April 1980 telah menyambut hari ulang tahunnya ke-39 pada hari ini bertempat di Rejimen TUDM, Jugra. Majlis ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Perbarisan yang terdiri daripada 12 pegawai dan 150 anggota LLP ini telah diketuai oleh Mej Muhamad Mustaffa bin Omar TUDM. Dalam upacara perbarisan tersebut seramai 10 anggota PASKAU telah disematkan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Panglima Tentera Udara.

Dikesempatan itu PTU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PASKAU di atas usaha serta komitmen yang diberikan bagi menzahirkan pencapaian serta menjulang nama baik TUDM dalam membuktikan satu pengiktirafan bukan sahaja di peringkat ATM malahan di peringkat antarabangsa sejajar dengan motonya "Cepat Senyap Pasti".

Majlis diteruskan dengan upacara simbolik memotong kek oleh Panglima Tentera Udara sempena HUT PASKAU Ke - 39 yang turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan, mantan-mantan pegawai dan anggota PASKAU di Wisma Ahli Udara .

PTU juga turut ke Lapang Sasar ‘High Intensity Tactical Shooting’ (HITS) ALIM, Bukit Jugra untuk acara menembak pistol.

Turut hadir Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Sri Abdul Mutalib bin Datuk Abdul Wahab TUDM, Panglima Markas Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Zahani bin Zainal Abidin TUDM, mantan-mantan pegawai PASKAU dan warga TUDM Jugra.