Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

56806671 2208040669283567 8240310832332800000 n56798005 2208040969283537 7832504293167988736 n56659929 2208041392616828 9218359238789693440 n56547435 2208041182616849 2883005159741325312 n56464338 2208041855950115 8415415394860269568 n56454601 2208041945950106 2846053387135352832 n56454585 2208040829283551 4694989464638849024 n56395074 2208041139283520 3903971082738073600 n56375773 2208041245950176 2010087742985207808 n56375687 2208041882616779 326981731464773632 n56341732 2208040942616873 7770087672348934144 n56296923 2208040622616905 7535479730959548416 n

ALOR SETAR, 6 Apr 19 - Istiadat Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 80/17 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 59/17 telah diadakan di Padang Kawad Kolej Tentera Udara. Perbarisan pada kali ini telah disertai seramai 27 orang graduan daripada Kursus Asas Penerbangan Siri 80/17 manakala 18 orang daripada Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 59/17. Penyampaian Sayap Penerbangan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Pelatih Kursus Asas Penerbangan Siri 80/17 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 59/17 telah memulakan karier mereka sebagai juruterbang sebaik sahaja melapor diri ke INSPEN 1 pada 5 Jun 17. Graduan ini telah mengikuti Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) selama 3 bulan pertama sebelum diserapkan ke Kursus Asas Penerbangan. Kursus Asas Penerbangan ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu Fasa Kajian Bawah, Fasa Penerbangan Asas dan Fasa Penerbangan Lanjutan. Kesemua graduan yang berjaya melalui Fasa Kajian Bawah, seterusnya akan melalui Fasa Penerbangan Asas iaitu Basic Handling Test (BHT), Instrument Rating Test (IRT) dan Basic Navigation Test (BNT) kemudianya meneruskan ke Fasa Penerbangan Lanjutan iaitu Final Navigation Test (FNT) dan Final Handling Test (FHT).

Seramai 27 orang pelatih dari Kursus Asas Penerbangan Siri 80/17 telah meneruskan perjuangan mereka bagi Kursus Asas Penerbangan di INSPEN 1 menggunakan pesawat Pilatus PC-7 Mk II manakala 18 orang pelatih dari Kursus Asas Penerbangan Helikopter meneruskan latihan ke Fasa Penerbangan Asas Helikopter di INSPEN 2 menggunakan pesawat Eurocopter EC-120B Colibri.

Bagi menggalakkan persaingan sihat diantara para pelatih, 3 piala telah dipertandingkan bagi tahun 2019 iaitu Piala Panglima Tentera Udara (Terbaik Keseluruhan Sayap Kaku), Piala Nuri (Terbaik Keseluruhan Helikopter) dan Piala Akademik (Terbaik Keseluruhan Akademik). Dalam menempuh liku-liku dan cabaran semasa kursus penerbangan, Lt Muhammad Nizar Bin Md. Murad TUDM telah dinobatkan sebagai penerima Piala Panglima Tentera Udara manakala Lt Hussain Faizrahimi bin Haji Abdullah TUDM pula menerima Piala Nuri. Bagi Piala Akademik pula telah disandang oleh Lt Nur Antasha binti Zulkarnain TUDM.

Terdahulu acara dimulakan dengan perbarisan masuk medan yang terdiri daripada komposisi perbarisan seperti berikut:
1 Flait Graduan – 45 graduan (penerima sayap penerbangan).
3 Flait Bantuan – 10 pegawai dan 109 anggota LLP.

Istiadat Perbarisan ini telah diakhiri dengan Terbang Lintas Hormat dari Hadapan dengan Formasi Fan Burst oleh 5 buah pesawat Pilatus PC-7 Mk II semasa Hormat Panglima diberikan kepada Panglima Tentera Udara sebelum beliau meninggalkan medan perbarisan.

Turut hadir ke Istiadat Perbarisan ini adalah Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, isteri Panglima Tentera Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah; Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.