Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 2

SUBANG, 10 Apr 19 – Pasukan Gabungan dari PU Labuan dan PU Kuching dinobatkan sebagai juara Kejohanan Futsal Wanita Antara Pangkalan TUDM Tahun 2019 setelah berjaya menewaskan pasukan daripada PU Subang dalam perlawanan akhir yang diadakan di Gelanggang Futsal PU Subang.

 1

Pertandingan yang diadakan ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru untuk menghadapi Pertandingan Futsal Antara Perkhidmatan disamping memperkasa sukan futsal di kalangan anggota wanita di dalam TUDM.

Sebanyak enam pasukan terdiri daripada gabungan mengambil bahagian seperti berikut:
a. Gabungan 1 (2 pasukan) – KTU, ATU, PU Butterworth, INSKEP.
b. Gabungan 2 (1 pasukan) – PU Gong Kedak dan PU Kuantan.
c. Gabungan 3 (2 pasukan) – MTU, MPPLU, PU Kuala Lumpur, PU Subang, Rejimen TUDM dan INSMAT.
d. Gabungan 4 (1 pasukan) – PU Labuan dan PU Kuching.

36c60fad 3b8b 4ddf add2 181f278f6f49805838ad 5699 4b98 a7c7 a2875079a804f8190b44 2f1e 404b 8f94 e48ede687c20

Berikut adalah keputusan bagi kejohanan yang telah berlangsung :
a. Johan – Gabungan 4 (PU Labuan, PU Kuching).
b. Naib Johan – PU Subang.
c. Tempat Ketiga – Gabungan 2 (PU Kuantan dan PU Gong Kedak).
d. Penjaring Terbanyak – Kpl U (W) Wan Julia bt Wan Mohd Rosli – PU Subang.
e. Penjaga Gol Terbaik – Lt Nurin Safwah bt Moktharudin TUDM – PU Labuan.
f. Pemain Wanita Terbaik – Lt Norafifah bt Mohd Zin TUDM – PU Butterworth.

Majlis Penutup pertandingan ini telah disempurnakan oleh Kol Zainal bin Abd Manaf TUDM, Timbalan Pengerusi JKKK LS TUDM; Lt Kol Mohammad Ariffin bin Jako TUDM, Ketua Cawang Operasi PU Subang mewakili Komander Pangkalan PU Subang; Lt Kol Salehudin bin Azam TUDM, Pengerusi PB TU dan Mej Afham bin Abdul Rahman TUDM selaku Pengurus Futsal TUDM.