Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 17 Apr 19 – Mejar Jeneral Mervyn Tan yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah mengadakan kunjungan ke Kementerian Pertahanan hari ini sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia. Kunjungan ini merupakan kunjungan perpisahan beliau setelah menyerahkan jawatan tersebut kepada penggantinya iaitu Brigadier Jeneral Kelvin Khong pada 22 Mac lalu.

57

Semasa kunjungan Mejar Jeneral Mervyn Tan di sini, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong dan juga Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

6d34af88 5699 4fb4 8c4a fae36dcade8fdadd5b48 411e 453f 9798 96d32d3a32c9

Terdahulu, ketibaan Mejar Jeneral Mervyn Tan telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan seterusnya diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan di Dataran Wisma Pertahanan sebelum diperkenalkan kepada Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang hadir.