KUALA LUMPUR, 18 April 2019 – Kementerian Pertahanan hari ini telah menerima Ketua Setiausaha yang baharu iaitu Datuk Seri Mohd Zuki Ali yang menggantikan Dato' Sri Halimi Abd Manaf yang bersara wajib.
Datuk Seri Mohd Zuki Ali yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri diumumkan pelantikannya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar semalam.
Ketibaan Datuk Seri Mohd Zuki Ali di Wisma Pertahanan hari ini disambut dengan penuh istiadat ketenteraan oleh Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan sempena hari pertama beliau memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.