Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 04 19 at 12.41.00 1WhatsApp Image 2019 04 19 at 12.41.00WhatsApp Image 2019 04 19 at 12.41.01

KUALA LUMPUR, 19 Apr 19 – Seramai tiga pegawai kanan TUDM hari ini telah dinaikkan pangkat di satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Mendahului senarai, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM, Brig Jen Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM yang dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM. Manakala Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral TUDM dan akan memegang jawatan Ketua Pengarah Operasi Logistik, Markas ATM. Lt Kol Kamarudin bin Kassim TUDM pula dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Materiel MTU.

1

Majlis yang berlangsung di Eagle Nest, Markas Tentera Udara turut dihadiri oleh Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.