Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0002DSC 0016

KUALA LUMPUR, 19 Apr 19 – Bengkel Semakan Laporan Penulisan Horizon Baharu (KIK) peringkat TUDM tahun 2019 telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bertempat di Hotel Oakwood & Residence Kuala Lumpur.

Seramai 46 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota TUDM telah menghadiri bengkel ini yang diadakan selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Apr 19. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan mengenai tatacara penyediaan Laporan Pertandingan Horizon Baharu – KIK Peringkat TUDM bagi tahun 2019 dan teknik persembahan projek kepada panel pengadil yang dilantik.

“Tujuan utama inovasi yang dihasilkan bukan sahaja untuk memenangi pertandingan semata-mata, tetapi merupakan penjanaan idea-idea kreatif dan inovatif sebagai salah satu platform dalam mentranformasikan TUDM menjadi satu organisasi yang kompetitif”, tegas Timbalan Panglima Tentera Udara dalam ucapan beliau.

Majlis penutup bengkel hari ini telah dirasmikan oleh Inspektorat Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Felix Gonsalvez s/o S.Alexander.