Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

34164415 4a0b 46c2 b036 a9691855b7b3a0322148 a85d 4857 a728 11e171fb145a88df4d57 3ad4 4c61 98c0 f03f02622f90f38fdec0 f095 4a33 8e1b 6cedbf0e982bcd7ef076 35f0 4334 a379 76648f39f8fd52bc3cb5 4bab 486f 8bc1 b365c473846b

KUALA LUMPUR, 23 Apr 19 – Program Komuniti Sihat Perwira yang dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin hari ini adalah bertujuan untuk memperkasakan warga ATM dalam penjagaan kesihatan dan mental dalam memastikan kesiapsiagaan anggota tentera berada ditahap yang maksima.

Selain itu, program ini juga adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada anggota tentera bagi mengawal penyakit tidak berjangkit dan komplikasi bagi penyakit tersebut.

Program Komuniti Sihat Perwira pada kali ini dianjurkan bersama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) dan Cawangan Provos Marshal ATM. Antara pengisian program ini adalah Ceramah Komuniti Sihat oleh BPK yang menyentuh berkaitan pelaksanaan KOSPEN PERWIRA serta tatacara pelaksanaan di dalam ATM.

Ceramah Anti-Dadah akan turut diadakan oleh PDRM yang merangkumi trend dan ancaman terkini dadah di Malaysia. Manakala Forum Kesihatan oleh Pakar Psikiatri ATM, wakil Cawangan Probos Marshal ATM dan wakil PDRM merangkumi topik kesihatan mental dan dadah.

Turut diadakan adalah saringan kesihatan, pameran kesihatan, pameran peralatan kesihatan dan pameran berkaitan anti-dadah di Foyer Wisma Pertahanan yang mendapat kerjasama dari Jabatan Penjara Malaysia, PDRM dan AADK.