Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 24 Apr 19 – Seramai 300 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir di Mesyuarat Agung Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) ke-13 yang dipengerusikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi merangkap Yang Dipertua KSSKA.

456

KSSKA yang ditubuhkan secara rasmi pada 8 Mac 2006 adalah bertujuan untuk memanfaatkan Peruntukan Khas Kerajaan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, sosial dan kebajikan di peringkat perkhidmatan, formasi atau pasukan dengan matlamat untuk memupuk, memperkukuhkan serta menyemarakkan perasaan muhibbah serta persefahaman di kalangan warga ATM dengan keluarga masing-masing.

789

Dalam pada itu, KSSKA turut memberikan Cek Yuran Keahlian 2018 serta Sumbangan Asas dan Geran Sepadan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Markas ATM, Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) yang disampaikan oleh YDP KSSKA.

Mesyuarat yang diadakan di Rumah BAKAT ATM turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin selaku Penaung KSSKA; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara; Panglima-panglima Perkhidmatan lain serta AJK-AJK KSSKA.