Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1011

KUALA LUMPUR, 24 Apr 19 - Sjn U Sumardi bin Ismail dari Bahagian Perhubungan Awam TUDM (Pembantu Tadbir) diumumkan sebagai pemenang tempat pertama bagi pertandingan mencipta logo Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) setelah rekabentuk yang dihasilkannya mendapat markah tertinggi hasil dari undian Ahli Jawatankuasa KSSKA.

Pertandingan yang bermula pada awal tahun ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga ATM. Walaubagaimanapun, hanya tiga logo yang terbaik sahaja dipilih ke peringkat akhir untuk undian ahli di Mesyuarat Agung hari ini.

12

Dua lagi peserta lain yang mendapat tempat ke peringkat akhir adalah Mej Razailan @ Mohd Firdaus bin Rhani (TD) dari PU Subang dan Lt Dya Luqman Afiq bin Che Khalib TLDM dari KD PERKASA.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi merangkap Yang Dipertua KSSKA.

Syabas dan tahniah diucapkan!