Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

web award544ccf4c a35c 4571 b87c 07f2c1db8f2f7f920709 ec9c 4100 b648 578cf586303c

LABUAN, 26 Apr 19 - Satu istiadat perbarisan sempena persaraan Mej Jen Dato' Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM telah diadakan di Pangkalan Udara Labuan hari ini sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam pekhidmatan ATM khususnya TUDM.

Beliau yang ditemani oleh isteri, Datin Che Saridah binti Ramli telah menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan yang terdiri daripada 11 pegawai serta 154 anggota LLP dan diketuai oleh Mej Megat Suhaide bin Megat Daud TUDM. Perbarisan ini turut diiringi oleh Pancaragam TUDM dari Akademi Tentera Udara Ipoh.

1ba6ca92 9041 4f3b 99a3 72693d1c363e2cf88280 c02c 4581 bb5c 725c09f9e6e05d5f6e5a 8af9 436b 8301 e2df4ff1ed32

Turut hadir menyaksikan istiadat perbarisan ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.

Di akhir acara, Mej Jen Dato' Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM bersama isteri telah dibawa berarak menggunakan kenderaan istiadat dengan diiringi pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDM.

070a5abd 5452 4e6a ab7f 63143b7811e655315f78 d446 478a b1bb c1de65711350f6c37fb4 f9f5 4568 bdf2 d1be962b8bfd