Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 04 29 at 16.33.38WhatsApp Image 2019 04 29 at 16.33.38 1WhatsApp Image 2019 04 29 at 16.33.39 1

KUALA LUMPUR, 29 Apr 19 - Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan LIMA ’19 khusus kepada para petugas dibawah elemen PR/Media telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bertempat di Eagle Nest. Markas Tentera Udara hari ini.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada warga MTU-Sekretariat D dan 5 jurugambar bebas yang telah bersama-sama menjayakan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa 2019 (LIMA ’19) yang telah diadakan baru-baru ini.

WhatsApp Image 2019 04 29 at 16.33.45WhatsApp Image 2019 04 29 at 16.33.44WhatsApp Image 2019 04 29 at 16.33.37

Secara keseluruhannya, pihak tertinggi TUDM amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilaksanakan secara bersama di antara Bahagian Perhubungan Awam TUDM dengan jurugambar bebas yang telah dipilih dalam aspek liputan media sepanjang LIMA’19 tersebut.

“Usahasama ini tidak akan berhasil tanpa kesefahaman yang erat serta koordinasi yang jitu di antara kedua-dua pihak”, ucap Timbalan Panglima Tentera Udara.

“Dengan jalinan kerjasama yang dibuat pada masa ini, saya yakin bahawa bahagian ini akan mampu memperluaskan lagi ilmu pengetahuan serta kepakaran sedia ada menerusi perkongsian idea dalam penghasilan mutu kerja yang dirancang”, tambah beliau.

WhatsApp Image 2019 04 29 at 16.33.36

Beliau juga mengambil kesempatan merakamkan sekalung tahniah kepada MTU-Sekretariat D kerana telah berjaya mengharumkan nama TUDM di peringkat Kebangsaan setelah dinobatkan sebagai penerima Malaysia Social Media Award 2019 bagi kategori Perkhidmatan Awam pada 25 April yang lalu.

Selain itu juga, beliau turut mengucapkan tahniah kepada anggota dari Sekretariat D iaitu Sjn U Sumardi bin Ismail kerana telah menjadi juara mencipta logo KSSKA ATM pada 24 Apr yang lalu. Logo ciptaan beliau telah diangkat sebagai logo baharu KSSKA yang akan digunapakai di setiap cabang perkhidmatan ATM berkuatkuasa pada tarikh tersebut.

Ini juga merupakan satu titik mula serta dorongan positif untuk setiap warga MTU-Sekretariat D khasnya untuk terus menerpa kecemerlangan samada di peringkat TUDM, ATM atau pun di peringkat yang lebih tinggi.