Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

5abdb894 169d 4607 9399 51062250c4b1fc42273f b4ff 4aac acf1 cde577a72ad42d4badfc aaed 42cb afcc e1df3b021e6b36de6081 a4b8 46c8 b474 11c9aa34be0870e8d69b 5768 433d a595 93f18d135ccb892349c9 58d8 44f0 9190 c109273d6955

 

KUALA LUMPUR, 30 Apr 19 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultam Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli ke tapak cadangan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini.

Program yang diperkenalkan pada Tahun 2018 yang bertujuan untuk membantu warga anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memiliki rumah sendiri ini merupakan sebahagian aspek kebajikan yang diperkenalkan dalam ATM.

Kediaman yang diberi nama Residensi Satria Sungai Besi ini telah dibuka untuk pendaftaran bermula 18 Disember 17 yang dirasmikan oleh mantan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussien.

Pada ketika ini Residensi Satria Sungai Besi telah memasuki fasa pra pembinaan dan dijadualkan memulakan proses pembinaan seterusnya pada penghujung tahun 2019. Jumlah permohonan yang diterima untuk projek pertama SASar setakat ini adalah sebanyak 5,628 pemohon.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Ab Samad TUDM dan wakil Panglima-panglima Perkhidmatan.