Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

32953165 05e9 4fc0 af59 c679b278a77460efa68f 4a05 449f a5ec 5d0fb32a626dbd2325d6 5a7d 4913 84aa 45a5b1edfe21

ALOR SETAR, 3 Mei 19 – Satu istiadat perbarisan penghargaan sempena persaraan Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Panglima Wilayah Udara 1 telah berlangsung di Kolej Tentera Udara hari ini.

Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM.

fa89dd19 4821 413f a7e5 3d3892995f513fd33f46 2ed0 43ab b64c 8dc4726c4e0a

Di dalam istiadat yang penuh gemilang ini, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM telah mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 11 pegawai dan 154 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Nazrul Nizam bin Ismail TUDM serta turut diiringi dengan Pancaragam Kolej Tentera Udara dibawah pimpinan Mej Mohd Subri bin Mohamed Isa TUDM.

cf308d92 f609 41f8 ba20 4a6c263c95c8df5ee946 b924 40b1 9cf2 09b7c6a29c7d9a289146 eb1b 4d34 9bd5 154f266160ce

Di akhir acara, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM bersama isteri, Datin Hjh Rokiah bte Baba telah dibawa berarak menggunakan kenderaan istiadat di Dewan Aeroangkasa hingga ke Markas Pangkalan yang diiringi oleh Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TUDM. Turut hadir di perbarisan penghargaan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan semoga terus maju jaya kepada Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM. Jasamu dikenang!