Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

62e17efd ce4b 4051 a33a d4448430d35802ea3b34 c188 479c ac6c 4c94fc58cefd4f64b127 b40f 43d6 8b5b 954bdedba08f

KUALA LUMPUR. Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Tahun 2019M/1440H telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal bertempat di Masjid Khalid Al-Walid hari ini.

Acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatanarah KAGAT ini adalah bertujuan bagi menimbulkan semangat suka menderma dikalangan warga ATM dan Kementerian Pertahanan. Tabung Ihya Ramadhan pada tahun ini telah diagihkan sebulan yang lalu dan jumlah kutipan sehingga hari ini adalah berjumlah RM31,367.00.

Menyemarakkan program Ihya’ Ramadhan pada bulan Ramadhan 1440H, pihak Tabung Zakat ATM telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000.00 kepada 58 buah Masjid dan Surau Jumaat ATM serta RM500.00 untuk 227 buah surau ATM dengan jumlah sumbangan adalah berjumlah RM117,500.00.

Tabung Zakat ATM juga telah memberikan sumbangan sebanyak RM40,000.00 kepada Sekolah Tahfiz Anak-anak Yatim ATM (STAY ATM) bagi menampung segala keperluan dan perbelanjaan mereka. Turut diadakan perasmian Gerobok Rezeki Masjid Khalid Al-Walid.