Kemaskini Terakhir: Sabtu,14 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 05 13 at 16.12.56WhatsApp Image 2019 05 13 at 16.12.57WhatsApp Image 2019 05 13 at 16.12.574

KOTA KINABALU, 11 Mei 19 – Markas Pemerintahan Armada Timur, TLDM telah menganjurkan Latihan Perang Borneo Siri 2/19 yang melibatkan pesawat EC 725 AP dari No 5 Skuadron, pesawat Hawk, KD Selangor, KD Kelantan, KD Kasturi, KD Serang dan Kapal Selam Tunku Abdul Rahman di perairan Laut China Selatan.

WhatsApp Image 2019 05 13 at 16.12.58WhatsApp Image 2019 05 13 at 17.03.49WhatsApp Image 2019 05 13 at 17.03.49

Latihan ini dijalankan bertujuan untuk menguji aset TLDM khususnya di bawah Pemerintahan Armada Timur dan juga menilai kecekapan serta kesiapsiagaan warga TLDM. Ini juga dapat melatih anakapal No 5 Skn untuk melaksanakan tugasan bersama aset TLDM.

Antara latihan yang telah dilaksanakan oleh pesawat EC 725 AP ialah ‘Deck Landing Training’ (DLT) bersama KD Selangor, ‘High Line Transfer’ (HLT) bersama kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan ‘Winching Exercise’ bersama KD Serang.

WhatsApp Image 2019 05 13 at 16.12.573

Seramai 15 orang anakapal serta juruteknik dari No 5 Skn telah terlibat dalam latihan yang turut disaksikan sendiri pelaksanaannya oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Hj Ayob dan Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM.