Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 05 24 at 21.16.30

SUBANG, 24 Mei 19 - Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) TUDM bagi Peringkat Zon Tengah II untuk tahun 2018 yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah diadakan di Pangkalan Udara Subang.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan, meraikan pencapaian prestasi dan mutu kerja cemerlang pegawai serta anggota TUDM dalam jawatan dan bidang masing-masing. Penerima-penerima anugerah merupakan calon yang telah dipilih dan diluluskan oleh Lembaga Pemilihan APC TUDM berdasarkan prestasi pada tahun 2018 serta mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan tertinggi.

WhatsApp Image 2019 05 24 at 21.16.24WhatsApp Image 2019 05 24 at 21.16.28WhatsApp Image 2019 05 24 at 21.16.29

Seramai 226 pegawai dan anggota LLP dari 14 Pangkalan Zon Tengah II telah diraikan dalam majlis tersebut. Timbalan Panglima Tentera Udara telah menyatakan harapan beliau agar pengiktirafan dan penghargaan yang telah diberikan kepada setiap penerima APC akan menjadi pendorong kepada seluruh warga TUDM untuk melaksanakan tugas serta amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan lebih baik, serta membudayakan kecemerlangan di tempat kerja mahupun dalam kehidupan harian.