Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456789

KUANTAN, 25 Mei 19– Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah telah meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Pangkalan Udara Kuantan malam tadi.

Kehadiran beliau dan rombongan di Pangkalan Udara Kuantan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM.

Di majlis itu juga, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada anak-anak dan anggota yang mengalami sakit kronik, balu anggota, Anak-anak Yatim dan Miskin Dynasti serta pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri.