Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 29 Mei 19 - Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) TUDM Peringkat Zon Tengah 1 bagi tahun 2018 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan, meraikan pencapaian prestasi dan mutu kerja cemerlang pegawai serta anggota TUDM dalam jawatan dan bidang masing-masing. Penerima-penerima anugerah merupakan calon yang telah dipilih dan diluluskan oleh Lembaga Pemilihan APC TUDM berdasarkan prestasi pada tahun 2018 serta mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan tertinggi.

456

Seramai 267 pegawai dan anggota LLP dari Markas ATM, Markas Angkatan Bersama, Markas Tentera Udara, Markas Pemerintahan Operasi Udara, Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Markas Wilayah Udara 1 dan Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah diraikan dalam majlis ini.

Semua penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1000.00 yang diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

789

Panglima Tentera Udara telah menyatakan harapan beliau agar pengiktirafan dan penghargaan yang telah diberikan kepada setiap penerima APC akan menjadi pendorong kepada seluruh warga TUDM untuk melaksanakan tugas serta amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan lebih baik, serta membudayakan kecemerlangan di tempat kerja mahupun dalam kehidupan harian.